Terma & Syarat

Tarikh kemas kini: 2 May 2017

Berikut menerangkan "Terma & Syarat" melayari laman web guesthouse.my. Dengan melayari laman web guesthouse.my, bermaksud anda juga bersetuju dengan semua terma & syarat yang direkodkan. ika anda mempunyai sebarang keraguan, atau tidak bersetuju dengan mana-mana terma, sila tidak menggunakan laman web ini. Kandungan terma & syarat akan juga berubah dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, pastikan anda sentiasa semak bahagian terma & syarat ini. Semak tarikh kemas kini untuk mengetahui kali terakhir kemas kini dilakukan.

Kami akan cuba untuk mengemaskini data di laman web ini semaksima yang mungkin untuk melengkapi maklumat-maklumat yang terkini dan penting berkenaan guesthouse.my. Namun, jika anda melakukan penyelidikan mengenai guesthouse.my, sila pastikan anda juga menyemak maklumat secara langsung dari kami, elakkan menggunakan maklumat di laman web ini sebagai satu-satunya sumber data.

Harta intelek dan cap dagangan. Semua gambar dan isi kandungan di laman web ini, adalah milik guesthouse.my, atau syarikat-syarikat yang diberi kuasa untuk menggunakan cap guesthouse.my. Cap dagangan dan hak harta intelek kepada syarikat- syarikat dan kumpulan yang berkenaan, adalah terletak di bawah perlindungan undang-undang harta intelek dan undang-undang cap dagangan. Cap dagangan yang digunakan di laman web ini, bermakna ianya dimiliki oleh guesthouse.my atau dengan kawalan guesthouse.my.

Kegunaan Peribadi

Jika anda memuat turun maklumat dari laman web kami dengan tujuan kegunaan peribadi, anda mesti bersetuju bahawa anda tidak mengedar, menerbit, menghantar, menukar, mengeluar, menyiarkan, atau menyusun semula. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan apa-apa gambar dari laman web ini, menyiarkan atau menghantar sebarang fitnah, menghina, mengancam, menyinggung, menyalah gunakannya dengan perkara yang tidak senonoh, lucah, palsu, juga sengaja membuat gambar palsu laman web untuk menfitnahkan guesthouse.my dengan sengaja.

Jika anda menggunakan isi kandungan laman web kami tanpa pengetahuan kami demi untuk mendapatkan tujuan di atas, kakitangan undang-undang guesthouse.my akan mengambil tindakan undang-undang pada bila-bila masa.

Anda juga akan bertanggungjawab ke atas data yang dihantar kepada kami, anda juga tidak akan menghantar sebarang data yang menyalahi undang-undang, menjejaskan reputasi orang lain, hak-hak privasi, rahsia perdagangan, tanda dagangan, hak cipta, hak harta intelek dan hak-hak lain kepada kami. Kami tidak akan menerima sebarang 'design', rahsia perniagaan, maklumat produk dan lain-lain data yang menyalahi undang-undang.

Pada masa yang sama, jika anda memberikan kami 'design', rahsia perniagaan, maklumat produk dan lain-lain data anda secara sukarela, ia bermakna anda membenarkan guesthouse.my untuk menggunakan data-data ini secara percuma, dan ianya bukan lagi data yang eksklusif, dan ianya boleh merebak, diterbitkan, dihantar, diolah, diedar, disiarkan, atau disusun semula. Selain itu, anda juga perlu maklum bahawasanya anda telah melepaskan "hak-hak" yang ada pada maklumat yang telah anda kongsikan.

Dasar Privasi

Sila rujuk kepada “Dasar Privasi” di bawah ini untuk maklumat dan dasar-dasar yang berkaitan dengan laman web kami.

Kami tidak menjamin bahawa laman web ini tidak mengalami sebarang masalah internet, dan juga diserang oleh virus atau membawa kesulitan ke atas penggunnaan anda, kehilangan data-data, kesilapan, diubahsuai oleh orang lain atau membawa kerugian ke atas harta dan sebagainya. Semasa anda melayari laman web kami, anda tidak sepatutnya menganggap perkara di atas tidak akan berlaku dan juga perlu mengambil kira sebarang langkah perlindungan terhadap anda sendiri. Guesthouse.my tidak akan bertanggungjawab dan mengganti rugi ke atas kerugian penggunaan perkhidmatan laman web kami termasuk masalah yang datang dari internet melalui laman web kami.

Kanak-kanak dan remaja bawah umur

Untuk memastikan keselamatan internet terhadap kanak-kanak dan golongan remaja bawah umur, dan juga mengelakkan penyalah-gunaan privasi, ibu bapa (atau penjaga) perlu bertanggungjawab ke atas mereka semasa mereka melayari laman web ini. Kami mencadangkan remaja/kanak-kanak bawah umur perlu mendapat persetujuan daripada penjaga. Sekiranya perlu, ibu bapa atau penjaga haruslah membuat keputusan sama ada perlu membatalkan semua maklumat peribadi yang dikongsi, juga menasihatkan kanak-kanak dan remaja tersebut supaya tidak mendedahkan sebarang data-data peribadi dan keluarga mereka.

Hak cipta artikel, maklumat di guesthouse.my

Semua hasil penulisan di laman web ini adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya. Anda perlu mendapat kebenaran daripada pemilik laman web ini sekiranya anda ingin menyalin sepenuhnya rtikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari guesthouse.my dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat.

Pihak kami sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. Pihak kami juga berhak mengubahsuai kandungan bersesuaian dengan kualiti yang dipraktiskan oleh pihak kami. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi kami untuk perbincangan lanjut.