Pengembaraan Kuala Terengganu - Pulau Redang 2015

by wetot.la

Pulau Redang... kami datang lagi

Asalnya kami nak ke Pulau Tioman dan dah beli penginapan melalui Agoda, murah pulak tu harganya, penginapan di Kampung Juara, tapi, bila kami nak beli tiket feri pulak, dah sold out.

Kami cubalah contact kawan yang pernah buka agensi disana, betulke boleh sold out tiket feri nie, katanya yea.. dan siap cakap lagi "jangan sampai kena tido di jeti nanti"..

Wahh takutlah kami dengar camtu, sebab kami bercadang nak pergi seramai dua keluarga, dah terfikir anak - anak kecil lagi. Jadi terpaksalah kensel pembelian itu dan kami terus hubungi Redang Lagoon sebagai pilihan kedua memandangkan kami dah pernah ke situ dahulu. Boleh lihat entry tahun lepas. Jalan-jalan : Pulau Redang

Alhamdulillah ada kosong pada tarikh yang kami mahukan, maka kami pun mulakanlah pengembaraan Kuala Terengganu - Pulau Redang 2015.

Hari Pertama

Wetotla bertolak dari rumah di Gombak seawal pukul 7 pagi.

Disebabkan Lebuhraya Pantai Timur dah dibuka, kami hanya mengambil masa selama 4 jam sahaja untuk sampai terus ke Kuala Terengganu. Bestnya!

Cuma satu nak dimaklumkan, buat masa ini tiada lagi stesen minyak beroperasi dari Gambang hinggalah ke Kuala Terengganu, jadi pastikan kereta anda minyak penuh bila ingin melalui jalan yang baru dibuka tu. Banyak jugak kereta yang kami lihat tersadai dan menunggu peronda sepanjang perjalanan.

Dipendekkan cerita kami pun sudah sampai ke Kuala Terengganu. Disebabkan masih awal lagi, maka kami pun terus ke Pasar Payang, saja nak bawak anak - anak melihat pasar yang terkenal di Negeri Terengganu ini Boleh tunjukkan pada mereka, batik lukis juga batik cetak yang banyak dijual. Keropok ikan, pelbagai makanan tempatan yang menarik juga pelbagai jenis sayur - sayuran yang tak pernah dilihat. Maka kami pun mula explore Pasar Payang ini.




Ruang parking bertingkat ada disediakan, memang mudah bila masuk terus melalui kawasan parking ini



Pasar yang unik dan mempunyai identiti tersendiri

Anak - anak, jom belajar tentang sayur - sayuran! Geram betul tengok sayur - sayuran kat sini.. rasa macam nak steamboat jea malam tu. Keadaan disini, semuanya tersusun rapi dan keaadan pasar sangat bersih dan kemas.




Macam - macam dijual disini, akar kayu tradisional pun ada



Papa Tot sedang cuba menjadi seorang film maker


Dapatlah juga beli 2 helai kaftan.. kaftan ada pelbagai harga, dari RM9 hinggalah ke beratus-ratus harganya..

Kalau yang suka shopping.. pasti teruja! Suka betul pada batik lukis untuk musim ini, warna - warna pastel. Seriously cantik!









Kami singgah makan di restoran ini yang terletak di dalam Pasar Payang.

Walaupun restorannya biasa - biasa sahaja, harganya boleh tahan juga, kami ambil ikan singgang (slices) yang mana ikan tu sudahlah satu keping, sudah diambil sebelahnya pulak tu, kira baki la, bila dibawak ke kaunter, harganya RM6. Terdiam kami.

Mama Tot ada berkata, "saya tak order air lagi bang" takutlah die terkira dengan air orang lain, rupa - rupanya tak. Maka fahamlah kami patutlah kosong saja kafe nie.. ataupun sebab kami orang luar, jadi harga luar? Wallahualam.


Yang dalam pinggan abang tu, itulah Nasi RM6. Yang lagi satu tu Papa Tot yang beli kemudian.


Selesai makan nasi, kami menikmati dessert, mujur harganya sama dengan pasaran.

Selesai berjalan - jalan didalam pasar nie, kami pun terus keluar nak balik ke hotel, sebelum tu check Foursquare untuk tapau makanan balik ke hotel, maklumlah nanti tak payah keluar dah. Maka kami pun pergilah ke satu kedai kuih - muih yang agak popular disini, iaitu Kedai Kuih Gong Kapas.

Lihatlah betapa bestnya pilihan kuih - muih yang ada disini, siapa tak rambang mata.. memang tak terpilih. Taukenya sporting pulak tu, tengok Mama Tot sibuk mengambil gambar, dijemputnya masuk untuk ambil dari bahagian dalam pula.

Harga memang berpatutan, dan semua kuih - muihnya sedap, oh ya, jangan lupe cuba soto mereka sekali, memang padu.





Sempat anak - beranak ini bergambar yea..

Kami pun check - in di hotel yang pernah kami datang dulu, Seaview Hotel. Hotel old skool yang berharga hanya RM65 untuk satu malam, memang popular sebagai transit bagi mereka yang ingin ke Pulau Redang.

Ia juga popular sebab terlalu dekat dengan Jeti Syahbandar. Kalau kita keluar awal boleh pilih lot parking yang redup sedikit untuk ditinggalkan kereta selama 3 hari nanti.

Dulu agak kurang puas hati dengan kebersihan di hotel ini, tapi kali ini kami datang bersih sangat. Dulu bawah katil tu bila kami cantumkan macam - macam khazanah ada bawah tu. Kali ini, satu habuk pun takde. Ada improvement.





Hotelnya bukan yang ini, tapi inilah pemandangan dari bilik kami... mengadap Istana Maziah.


Kami pun merehat - rehatkan badan dulu, solat dan membersihkan diri sebelum kami keluar lagi pada waktu petangnya.







Nurdini dan papa nya sempat tidur petang,charging apa yang patut.

Petang itu kami keluar semula. Kami sajalah berjalan - jalan melihat bandar Kuala Terengganu sampailah ke Kuala Ibai. Ternampak sungai dan perahu nelayan di bahagian bawah jambatan tu, jadi kami menghala ke sana.

Nampak menarik tengok jeti - jeti di sini, kami ke turun dan lihat sendiri jeti perahu diperkampungan nelayan ini. Pakcik yang empunya jeti nie peramah dan baik sungguh. Bagi peluang untuk kami lihat jetinya sambil mengambil gambar disitu.














Banyak jugak ilmu baru untuk mereka nie, kami bercerita tentang pekerjaan nelayan, fungsi jeti, perahu, kapal ikan dan banyak lagi.













Papa Tot yang sedang excited dengan kamera baru... dari pagi tadi asyik berselfie dengan anak - anak.. (hehe)









Kebetulan bila menyusur jalan itu untuk melihat - lihat lagi apa yang ada, kami bertembung pula dengan Medan Ikan Bakar yang rupa-rupanya amat terkenal disini. Lokasinya betul - betul bawah jambatan.

Kami pun dah alang - alang sampai, singgahlah makan, boleh terus dinner.







Tentang makanan disini pada kami ok jea.. dah harga boleh tahan jugak..

Balik tu kami jalan - jalan ke kawasan bandar untuk lihat pemandangan diwaktu malam sebelum terus pulang ke hotel. Kena tidur cepat sebab esok pagi - pagi seawal pukul 7 dah kena keluar. Video pengembaraan hari pertama kami di Kuala Terengganu.



Penulis : wetot.la