Pon Bercuti di Melaka

anash-coconutz.blogspot.my

Artikel asal di sini.

Salam Satu Malaysia untuk pembaca blog ini. (sambil hulur tangan salam...). Entry yang lama terperam tak updet sejak 2014..

Masih ingat lagikah kisah seorang warga Jepun datang bertandang ke Malaysia? tak ingat.. tak pe..tak marah pun...hahaha

Kali nih entry kisah beliau bercuti dalam Malaysia. Bukan kisah wa pergi bercuti luar Malaysia tau. Awas.. I'm watching you ....(tunjuk 2 jari kat mata sendiri pastu tala kat mata orang lain...) ok tadi merapu

26 Disember 2014, sehari pas cuti kismas, wa ambik cuti hari Jumaat...so, dapat la 4 hari cuti panjang dok plan nak balik kampung di Melaka. Ngam-ngam plan cantek baek punya..kenalan kami si Pon nih dah roger-roger via FB untuk datang bercuti di Malaysia, tak silap ...sebulan sebelum tiba sini. Katanya kunjungan balas sejak kali terakhir kami (wa, Janggel, John, Masmz dan Byya) ke Kansai 2013 berjumpa kenal-kenal dengan beliau dan bakal-adik-ipar beliau iaitu Joy.

Jam 8 pagi (tak silap), wa tiba di KLIA, colik beliau yang tiba seorang diri itu "Welcome to Malaysia.. at last you finally here!!" Pada mulanya beliau dah risau takut-takut wa tak dapat datang ... risau bertukar girang bila nampak awek Malaysia cun ie wa..melambai-lambai kat beliau..Apa? awek cun?

*pitam 10 saat*

Menu pertama beliau bersarapan adalah ROTI CANAI dan TEH TARIK!!! "mmm...delicious!!!!!!!" sambil cuba membuntangkan mata sepet beliau.. Memang la delicious sampai kesudah lelemak roti canai melekat sesaja kat keliling pinggang wa...hahaha

Selepas itu, kami terus ke Melaka. Sempat singgah Muzium Adat di Seremban. Tapi sebabkan hujan, kami sempat singgah sekejab..dapat la beliau tengok acaner rupa rumah minangkabau...

Singgah pulak Giant Senawang jumpa Nobita dan Sizuka katanya nak beli selipar jepun...hahaha lain macam pulak bunyinya...Orang Jepun beli selipar jepun di Giant, Senawang ngeh.. dan juga sempat beliau merasa sata dan otak-otak ... see..beliau memang suka makan...memang itu adalah tujuan utama beliau datang ke Malaysia selain dari menikmati suasana panas....(bulan 12 kan tengah musim salju di Hokkaido...)

Jom ke Melaka...Tiba di Air Keroh, wa bawa ke Mini Malaysia. Hari Jumaat, maka tak ramai pelancong di sini.. di tambah pula hujan, dengan sebahagian lagi Mini Asean ditutup sebab renovasi, lagi sendu la suasana Mini Malaysia di sini. Aaaa..layan je la...


Nak bergambar dengan mak angkat katanya dengan setanjak kat kepala sukati ko la Pon...





Di rumah Selangor ada dapur yang disajikan roti jala dengan kopi panas. satu set dalam RM3.50 / pax . OK sebagai permulaan perkenalan tentang rasa kuih tradisional untuk Pon.Dia hirup kuah kari tu selepas abis roti jala dimakan!!! Ish...Pon suka makan tapi badan tak jugak besar??


Next..rumah mana nih? ala...lupa..




Rumah Pahang, ada yang buat kapkek dan tat nenas. beli untuk buat rasa. Makan lagi? Hoit...nih sapa yang gemuk hujung-hujung trip? sah-sah wa!!!



Naik ke rumah panjang Sarawak...masa nih beliau jumpa bijik getah. Pelik je tengok ...hahah. Jangan ditelan pulak... naya je tercekik bijik getah..

Dah..jom ke bandar Melaka kita....Wa bawa ke ....



Bukit St John, sebelah bekas penjara polis Bandar Hilir dan selepas itu ke....



Perkampungan Portugis, Ujung Pasir sambil tunjuk sekolah menengah wa di situ dan makan malam kami di...



Kedai ikan bakar Padang Temu....Wa order mana-mana yang beliau teringin makan ikut dalam senarai buku jepun tu dah suma dapat rasa...sekejapan satu hari dah macam-macam makanan Pon makan yang senak perut...sapa lagi...Wa lah!!!

Selepas makan, kami mencari hostel, RM40/night. Walk-in sahaja. Pon berjaya dapat di kawasan rumah kedai di Bandar Hilir. Dan wa balik la rumah...tak reti-reti nak balik ker? hihihi

Keesokan hari, Sabtu...



Bermula la kami di sini...



Memanjat Bukit St Paul, Bandar Hilir...panas huit!!!! tapi dia suka ahahahhaha


Tepi kucing pon jadi laaaaa



ooo lawa jugak pandangan dari sini...turun dan ke sini pulak....




Lalu sini..dan rasa lapar, wa bawak makan ke restoran Ikan Asam Pedas yang Janggel kenalkan dulu.. hahah Janggel orang Perak tapi tau restoran sedap di Melaka kat ne???



Pon suka nak berinteraksi dengan warga tempatan. Wa biarkan je la. Takkan nak halang , kot? Dok la menghapal perkataan "berapa?", " terima kasih" dan "sama-sama"



Kami kembali ke kereta untuk angkut beg Pon. Nak Check-In ke hostel di Jonker Street area. Katanya dah book malam tadi masa beliau dok jalan-jalan sensorang selepas makan ikan bakar


wa ikut temankan tempat hostel baru itu




Malangnya, bilik yang dah direserved itu dah diambil orang lain. Ada miss-communication rupanya. Owner hostel tu ingat Pon nak masuk esok hari....So, wa tolong jaga beg kejab di sini sementara Pon berjalan untuk cari alternative hostel lain. mmm...not bad jugak ambiance di sini...


Eh..owner dia mat salleh?


"Coco..I've got a place tonight..come..follow me.." terjah Pon sengeh-sengeh panggil wa sambil hangkut beg. OK..jom, tak sampai 10 minit berjalan, kami dah sampai hostel tu. Owner seorang india.
.
.
iyaaa....Pon panggil wa dengan panggilan manja Coco...manja?
*sambung pitam lagi 15 saat*



Dan Pon pun daftarkan nama di sini. ooo dia ada geng...ada dari Jepun gak tu...
Kami keluar lagi sekali, berjalan kaki di sekitar kawasan bangunan merah...


Panas huit Melaka nih!!!!




Hajat hati nak makan cendol depan bangunan di sini...rupanya tutup buat sementara...tuan gerai cendol buat kenduri kawen anak dia....laaaa..tak de rezeki nak menyendol di sini...



Kami naik ni pulak. KALI PERTAMA wa naik, hahahaahahahahahahahah...kalau tak de kawan nak naik..malas la wa nak beratur semata...

Semasa beratur di sini, seorang petugas asyik memandang wa..pastu pandang Pon..pastu pandang wa...

"muka macam jepun" kata beliau kat wa...sambil tunjuk Pon. "bukan macam jepun dik...dia memang orang Jepun" wa balas...

"ooo..ingatkan adik beradik tadi.."

Eergh? tang sudut mana muka wa ada rupa Jepun? Dik..ko perli akak ker??? (tak sia-sia usaha berus muka hari-hari supaya nampak cerah!) heheeheehe




Patut tak leh berdiri...kena duduk je sepanjang tower nih berpusing...tapi kami degil
.
.
.
.
Asyik bangunnn je dok ambik gambo. Mujur jiran kami kiri kanan senyum tengok perangai megong kami


Oooo macam nih rupanya permandangan dari taming sari tower



Eeee...ada kapal atas darat...daratnyer ko....hahaha



Gopro tak leh dipisahkan. Ntah banyak mana lah gambo dan video dia simpan...




Selepas penat sana sini pi...kami pi urut kaki...tak puas urut kaki...Pon sambung urut bahu dan kepala... service nih dibuat oleh pengurut cacat penglihatan...wa tukang jadi translater untuk Pon dan tukang urut bila derang tanya sapa Pon tu...Nih Pon yang belanja...yahoo. TQ






Sebagai seorang tegar dengan jersi baju bola, maka memang wajib beli baju nih selai buat kenangan... gila aaa..mahal bila wa tengok harga baju nih, RM200++????

Ini di dataran bandar hilir. Singgah pulak di Gulatis..cari baju melayu...saja....


Tengah mencuba




Alolololooooo....tapi tak de la nak beli. Saja mencuba, hahaha

"I feel small...." kata Pon..sebab rasa sangat kecik bila dibandingkan dengan patung pompuan tu. OK ..hahah..jom balik...abis dah kisah satu hari di Bandar Hilir...Esok...Ahad 28 Disember 2014..



Disebabkan beliau akan bertolak ke Singapore jam 12.30 tghari melalui jalan darat..ie bas, ...maka seawal jam 8.30pagi , wa bawa beliau ke Klebang....muzium kapal selam kami terjah


See..I am strong person"....kata beliau...



Well...I am even stronger than you.."..sambil guna jari angkat kapal selam...




Selepas masuk muzium kapal selam, kami singgah padang pasir ala-ala di Gurun Sahara... dan kendian....disebabkan Coconut Shake Klebang yang femes tu belum buka, kami...


Beli je la kat sini...gerai berhampiran dengan muzium kapal selam. Wa akhirnya anta Pon ke Melaka Sentral, di mana beliau akan meneruskan percutian ke Singapore, kemudian ke Brunai dan Jogja, dan seterusnya sambung cuti di Malaysia kembali, sebelum pulang ke Jepun.


Suka nau ambik gamba wa



Wa pun ambik gamba beliau







Next entry...kisah Pon di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Ke mana kami bawa beliau? Tunggu kisah nya....

Penulis : anash-coconutz.blogspot.my