Bercuti ke Kelantan

by zilamahadi.com

Klik di sini untuk Artikel asal



Assalamualaikum,

Saya nak share kenangan saya berjalan ke Kelantan bulan lepas. Dah lama sangat saya tak ke Kelantan. Last pegi dulu darjah 4 rasanya.. 24 tahun silam.. Ha.. lama tak? Jadi, bila bapa mertua ajak ikut dia pergi Kelantan, melompat saya kata nak ikut!

Dari Jitra ke Kota Bharu, 7 jam jugak perjalanan. Jadi haruslah bertolak pagi. Pukul 8 dah gerak keluar rumah. Kitorang gerak satu kereta jer. Saya, suami, bapa mertua, mak mertua, Adam ngan Aiza.


Muka haruslah teruja

Dari Jitra ke KB, lalu Banjaran Titiwangsa. So, berjam-jam jugak lah kami lalu lereng-lereng bukit, naik turun bukit. Hijau jer pemandangan. Lalu hutan simpan Royal Belum. Cantek sangat Royal Belum ni.


Lalu tasik Royal Belum

Kitorang sampai KB around 3 petang. Check in dekat hotel Khalifah Suites and Apartment.


Khalifah Suites and Apartment, Kota Bharu, Kelantan
(Sumber gambar: Booking.com)

Hotel ni betul-betul mengadap Masjid Muhammadi kat Kota Bharu. Selak langsir bilik, nampak Masjid Muhammadi tu.


Masjid Muhammadi

Bapa mertua book apartment dua bilik kat hotel ni. Rasa macam malas nak review hotel ni, sebab kitorang tak puas hati dengan apartment yang kitorang dapat. Siap tukar apartment lagi. Apartment first yang diorang bagi, aircond tak sejuk. Patutlah ada kipas dalam bilik..rupanya aircond tak sejuk. Eh..apahal pulak bayar mahal-mahal tapi dapat aircond rosak kan.. So kitorang request tukar bilik. Tu pun kemain lama nak tunggu bilik ready. Haih..

Lepas rehatkan badan kejap.. lepas Asar keluar pegi Pantai Cahaya Bulan pulak.. Kat Pantai Cahaya Bulan ni, kitorang makan sotong ngan udang goreng tepung dan kopok lekor.


Sotong ngan udang celup tepung tambah kopok lekor sepinggan

Kitorang makan at Restoran Seri Nibong. Kat restoran ni saya order air Teh Hijau Tarik. Saya assume teh ni macam teh tarik panas tapi guna teh hijau. Rupanya saya silap. Teh hijau tarik ni, teh hijau tarik + ais.


Teh Hijau Tarik

Saya masih pantang ais sebenarnya. Dari Aiza lahir, memang tak minum minuman berais. Tapi… dapat air ais pulak. Malas nak order air lain.. sebab.. lambat sangat order sampai. Sebab orang terlalu ramai. Saya pun minum jer lah… Fuh!! Gila sedap tak terkata. Asalnya nak minum sikit..tapi sebab sedap sangat, saya minum sampai habis..

Lepas habis makan, kitorang wefie-wefie kejap kat pantai pastu balik.


Wefie ramai-ramai di Pantai Cahaya Bulan

Sepatutnya malam tu nak pegi Wakaf Che Yeh. tapi saya sakit perut sangat-sangat macam senggugut. Rasanya perut saya terkejut minum ais. Terus cancel berjalan malam tu. Sepanjang malam saya bergulung dalam selimut kat bilik jer. Huhuhuhu. Menyesal sungguh minum ais.

Pagi esoknya, kami bersarapan kat Restoran Wau. Restoran ni selesa. Banyak pilihan makana. Sedap dan berpatutan. 2 hari kami Kelantan, 2 hari jugak sarapan kat restoran ni.


Breakfast di Restoran Wau

Lepas sarapan, kami terus pergi Pasar Siti Khadijah. Rupa-rupanya, kalau nak dapatkan rega murah kat sini, kena shopping awal pagi masa diorang bukak kedai. Diorang akan bagi harga ‘pecah telur’. Harga permulaan bukak kedai la lebih kurang.. Masa kitorang sampai Pasar Siti Khadijah ni, peniaga-penaga kat sini memang baru bukak kedai..memang murah sungguh lar harga yang dia bagi… Maka bersungguh-sungguh lar mak mertua saya shopping.

Saya cuci-cuci mata jer tengok kain yang lawa-lawa tapi tak beli sebab nanti tak terpakai. Dah kata suri rumah, nak buat apa beli kai pasang banyak-banyak kan. Yang ada kat almari pun banyak lom berjahit. Hehehe


Meneman Mak Tok belek kain

Kami kat Pasar Siti Khadijah ni tak lama.. sebab panas. Aiza dah mengamuk. Pukul 11 dah balik hotel.. rehat-rehat.

Tengah hari, kami lunch dekat kedai makan Lido Corner. Kat sini, menu dia terhad.. cuma ada nasi daging bakar, nasi ayam bakar ngan nasi kari ikan jer. Tapi.. semua set ni sedap-sedap. Beratur panjang orang beli tau.


Menu di Lido Corner

Kat Lido Corner ni saya makan nasi daging bakar. Pergh.sedap ngat ngat. Punya lar sedap, rasa macam nak tambah lagi sepinggan. Tapi tak sanggup nak beratur. Pastu panas sangat..Aiza pun dah mengamuk. Huhuhu. Oleh sebab tak dapat nak makan kat situ lama-lama.. mak mertua gi order lain, tapau bawak balik hotel. Heheheh

Petang pulak, kami berjalan ke Muzium Negeri dan pusat kraftangan. Muzium negeri dan pusat kraftangan ni betul-betul belakang hotel.. jadi pergi jalan kaki jer..


Bergambar kenangan di Pusat Kraftangan

Malam.. kami makan kat kedai makan Nasi Ulam Cikgu. Kedai makan ni dekat area pusat Kraftangan tu jugak. Jadi jalan kaki jer pergi makan. Betul-betul sebelah kedai makan ni, ada Pasar Karat. Pasar Karat ni jual barang-barang antik. Lepas makan, cuci-cuci mata tengok barang antik


Pasar Karat Kota Bharu

Kat Pasar Karat ni macam biasa Adam mengepau mainan. Malas nak belikan. Mainan Adam dah terlalu banyak. Pastu ada sorang pelanggan kat sini, kesian kat Adam..dia belikan Adam sebijik mainan. Geram betul ngan Adam ni tau. Haih..

Hari Jumaat, last day kat Kelantan..kami pergi Wakaf Che Yeh.. dapatlah jalan-jalan kejap kat sini..


Pagi Jumaat di Wakaf Che Yeh

Lepas Solat Jumaat, kami terus balik Jitra. Again, lalu Banjaran Titiwangsa. Singgah kat RnR kat Banjaran Titiwangsa tu, makan-makan, solat dan amik gambar ramai-ramai


Kenangan di Banjaran Titiwangsa

Seronok pergi Kelantan. Tak puas rasanya. Kalau ada rezeki, nak pergi lagi. Hehehe

Penulis : zilamahadi.com