Tempat menarik di Kuala Terengganu

by hafizhafizol.my

Artikel asal di sini.

Sempena Tahun Melawat Terengganu 2016, aku akan senaraikan tempat menarik di Kuala Terengganu yang wajib korang lawati jika korang datang bercuti ke Kuala Terengganu. Aku nie anak kelahiran Terengganu, tapi baru sekarang gatal tangan nak update mengenai tempat-tempat menarik sekitar Kuala Terengganu kan hehe. Banyak sebenarnya tempat best dekat hometown aku. Seriously. Rasa bertuah sangat dilahirkan di Kuala Terengganu. Terima kasih mak terima kasih ayah. eh tetibe =p

1. Muzium Negeri Terengganu (Muzium Losong)

Korang kalau datang bercuti ke Kuala Terengganu, jangan lupa berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu yang terletak di kampung Losong. Aku dah berkali-kali datang sini. Member dari jauh datang KT, memang aku bawak datang sini haha. Jangan tak tahu ye Muzium ini merupakan muzium terbesar di Malaysia. Paling suka datang sini bukan nak menyelongkar artifak bersejarah, tapi suka bergambar di kawasan muzium. Aku dah masuk dalam muzium tu sejak kecil. Dah bosan kot hehe. =p



Banyak view yang cantik sekitar Muzium Negeri Terengganu. Tak rugi korang buat outdoor photoshoot dekat sini. Seriously! Boleh bergambar latar belakang rumah lama, kapal besar, rumput yang menghijau & background pintu gerbang muzium yang sangat cantik itu.







Tiket masuk ke Muzium Negeri Terengganu

Warganegara Malaysia

Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak (7-15 tahun) : RM2.00
Kanak-Kanak sekolah (pakaian seragam) : RM1.00
Kanak-kanak dibawah umur 7 tahun : PERCUMA

Bukan Warganegara

Dewasa : RM15.00
Kanak-Kanak : RM10.00

Waktu Operasi

Sabtu hingga Khamis 9.00 am- 5.00 PM
Jumaat 9.00 AM- 12.00 PM, dibuka semula pada jam 3.00 PM - 5.00 PM
Hari Kelepasan AM 9.00 AM- 5.00 PM
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja

Antara galeri yang terdapat di dalam Muzium Negeri Terengganu ialah Galeri Tekstil, Diraja, Islam, Kraf, Petronas, Sejarah, Sumber Alam, Pelayaran & Perikanan. Selamat menelaah ye semua. \0/

Details : http://museum.terengganu.gov.my/

2. Taman Tamadun Islam (TTI)

After berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu, singgahlah pulak ke TTI. Biasanya orang datang sini nak masuk dalam Monumen Park yang memuatkan kira-kira 22 monumen islam yang terkenal & unik dari 21 negara Asia, European and African. So far, aku belum pernah lagi masuk Monumen Park. Tengok dari luar je sebab bukan minat aku kan. Susah la sikit nak melaburkan duit terhadap sesuatu yang kita kurang berminat hihihi. Kalau ada orang nak belanja, i on saje. =D




Tiket Masuk Ke TTI Monumen Park

Adults RM21.20
Senior Citizen (60 years & above) RM15.90
Children (7-12 years) RM15.90
Children (6 & below) FOC (accompanied by parents)

Waktu Operasi

Isnin – Khamis dari 10.00 am-7.00 pm
Jumaat, Sabtu, Ahad,
Cuti Sekolah & Cuti Umum Terpilih
dari 9.00 am-7.00 pm

Tarikan Baharu 2016 di TTI

Crystal Cruise 2
Light & Sound
Terengganu RiverRide

Details : http://tti.com.my/

3. Masjid Kristal

Masjid yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Seni binaannya yang cantik & unik membuatkan ramai pengunjung datang kesini untuk bergambar. Masjid Kristal terletak besebelahan TTI je pun. So after TTI, korang boleh singgah solat berjemaah dulu di Masjid Kristal. Good idea Apijol hehe. Then after solat semua, boleh lepak dekat cafe Masjid Kristal pekena aiskrim sambil menikmati pemandangan di pesisiran pantai \0/


4. Pasar Besar Kedai Payang

Kalau nak beli buah tangan dari Kuala Terengganu, korang boleh shopping di Pasar Payang. Macam-macam barangan yang dijual disini. Antaranya makanan popular di Terengganu seperti dodol, keropok, telur penyu, buah-buahan tempatan, pakaian, kain songket, dan macam-macam lagi.


5. Pantai Batu Buruk

Lepas shopping buah tangan di Pasar Payang, korang singgah pulak dekat Pantai Batu Buruk. Tak jauh pun Pasar Payang ke Pantai Batu Buruk. Dalam 10 minit perjalanan je dah sampai. Sekarang Pantai Batu Buruk makin best and makin ramai orang. Kedai makan pun dah banyak yang bukak sepanjang pantai. Boleh beli makanan ringan kemudian lepak tepi pantai. Best sungguh boh layan angin pantai Batu Buruk petang hari! Dok nipu nie hehe. Nak datang malam pun boleh. Banyak aktiviti best diadakan di Pantai Batu Buruk nie.


Info lanjut mengenai Pantai Batu Buruk, boleh baca entri pantai best di Kuala Terengganu.

6. Kampung Cina (China Town)

Dah puas menikmati angin pantai di Pantai Batu Buruk, apa kata korang datang pula ke Kampung Cina. Menariknya di Kampung Cina ini ialah terdapat street art di sepanjang laluan and di beberapa bangunan berhampiran Kampung Cina. Korang yang suka bergambar, bolehlah datang ke sini bergambar dengan keunikan street art yang terdapat di Kampung Cina pula.

Aku bab bergambar di street art memang fail sikit. Sokmo tak kreatif haha. Kalau nak datang sini, better datang siang hari lah. Petang dah okey. Kalau datang malam memang tak berapa nampak sangatlah street art. Gambar pun confirm tak cantik sebab kurang pencahayaan kan.


7. Pulau Warisan (I City Terengganu)

Puas bergambar sakan di China Town, korang singgah pula di Pulau Warisan yang terletak bersebelahan Kampung Cina sahaja. Pulau Warisan merupakan pulau buatan. Kalau nak datang sini, better datang waktu malam sebab boleh tengok view yang cantik dekat sini. Ada pokok i-city sepanjang pulau. Aku sebenarnya dah lama sangat tak datang sini. Biasa datang sini pun lepak-lepak santai malam macam tu jela. Mungkin sekarang dah ada banyak aktiviti yang menyeronokkan dekat sini kot.



Dengar cerita sekarang ada river cruise pulak yang menyusuri Pulau Wan Man (lokasi TTI & Masjid Kristal). Mesti cantik gila kan boleh cuci mata tengok keindahan waktu malam di Taman Tamadun Islam.


8. Pantai Airport (Pantai Teluk Ketapang)

Selain Pantai Batu Buruk, Pantai Airport pun antara pantai favourite aku. Memang tak miss datang lepak sini bila balik kampung. Banyak aktiviti yang best boleh dilakukan di Pantai Airport. Contohnya naik kereta kuda, menunggang kuda, main layang-layang and etc. Nak tengok flight mendarat pun boleh dekat sini tau sebab Pantai Airport ni betul-betul bersebelahan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu.

Tempat makan best yang menjual seafood celup tepung pun banyak dekat sini. Makanan bergoreng, jagung bakar, sate ikan semua adalah dekat sini. Tetiba tekak rasa nak makan sate ikan pulak haha. =p







Info lanjut mengenai Pantai Airport, korang boleh baca entri pantai best di Kuala Terengganu.

9. Pantai Tok Jembal

Bila korang dah puas makan seafood celup tepung di Pantai Airport, apa kata korang merasai pula pengalaman mandi pantai di Pantai Tok Jembal. Tak jauh pun Pantai Airport ke Pantai Tok Jembal. Korang lalu je sepanjang pagar Airport, kemudian nanti jumpa jalan kecil sebelah kanan (yang banyak pokok rhu tu). Kemudian pergi straight je. Akan sampai la ke Pantai Tok Jembal. Kalau tak confident, tanya jela orang. Mulut mana mulut? haha!

Kelebihan Pantai Tok Jembal berbanding Pantai lain di Kuala Terengganu sebab dekat sini boleh mandi. Pantai lain jangan harap la korang nak mandi bagai. Dekat sini in sha Allah selamat. View dia pun sangat cantik sungguh kita kata nie dok pelawok. Pernah beberapa kali jugak datang mandi dekat sini. Bila ntah nak repeat mandi lagi T_T







Lagi banyak view yang cantik & gambaran mengenai Pantai Tok Jembal, korang boleh baca pengalaman kitorang mandi di Pantai Tok Jembal.

10. Uptown Kontena Dapo Pata

Dah settle mandi di Pantai Tok Jembal, korang singgah pulak makan di Uptown Kontena Dapo Pata okey. Kalau dekat Pantai Airport tadi korang makan seafood celup tepung, dekat sini memang tak jumpa dah seafood celup tepung. Uptown Kontena ini merupakan tarikan terbaru di Pantai Tok Jembal (bersebelahan je dengan tempat mandi-manda tu) and merupakan tempat makan pesisir pantai hipster yang pertama di Malaysia. Baru beroperasi pada 13 Februari 2016 yang lepas. Terus viral di laman sosial kot.

Antara makanan yang dijual di sini ialah meatball, nasi lemak, sizzling, churros, coffee, takoyaki, soto, kebab dan banyak lagi. Uptown Kontena mengamalkan konsep layan diri, makan di tempat terbuka. Sambil makan, sambil melayan angin pantai segar di Pantai Tok Jembal. Memang best. Dibuka dari 5.00 pm – 2.00 am. So korang lepak la sampai tengah malam pun takda siapa yang marah! =D







As for me, aku lebih suka datang ke pantai berbanding tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu yang lain. Mana nak jumpa pantai yang cantik macam dekat Kuala Terengganu di Kuala Lumpur sana woi. Nan hadonya pantai dekat Kuala Lumpur tu awak oi. Kalau dapat tawaran kerja di kampung, aku rasa akulah orang yang paling bahagia. \0/ \0/ \0/

Selamat bercuti ke Kuala Terengganu guys! Jaga diri, jaga peribadi bila datang ke negeri Terengganu. Negeri cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik kihkih.

Penulis : hafizhafizol.my