Sekeping Serendah Retreat di Warehouse 2

by hafiz-lydia.blogspot.my

Artikel asal di sini.



Sekeping Serendah Retreat Homestay,
Chalet, Jalan Ipoh, Kg Orang Asli, Serendah, Rawang, Kuala Lumpur, Malaysia 48200


Sekeping serendah personally adalah tempat percutian yang menarik bagi outdoor enthusiast. Untuk ibu bapa yang kurang gemar bercuti dengan protokol, Sekeping Serendah adalah sesuai untuk anda. Bercuti tanpa protokol maksud saya di sini, jika makan, tak perlu berkejar-kejar dengan anak suruh duduk diam. Boleh duduk bersila suap anak-anak makan,Boleh masak suka-suka hati anytime.

Actually kami planning nak ke sini dah pun dibuat beberapa bulan yang lepas. Ragu-ragu jugak masa first time nak booking ke sini. yelah. Semuanya online. Entah boleh percaya ke tidak, kan.. Tapi tawakal jelah. Nak takut apa. Ikut je step by step cara nak booking, bayar, dan enjoy the vacation.

Macam mana nak booking ?

Mula-mula, bukak page sekeping serendah. Korang boleh pilih tarikh ikut available date yang ada kat website tu. Memang lengkap. Price semua ada base pada jenis rumah yang korang nak.

Jenis-jenis rumah :









Contoh tarikh yang available :



Peralatan yang disediakan :

Boleh tahan banyak jugaklah contohnya dapur (stove-2) , electric kettle, oven, bbq set, pinggan, sudu,garfu, kuali, nescafe & milo 3 in 1, water heater , Fridge, swimming pool, etc. Tapi bab sudu, garfu,kuali kami bawa sendiri sebab malas nak samak. Periuk nasi pon bawak.

Antara peralatan yang kami bawak dari rumah :

Periuk nasi,
Jug air (untuk buat kopi/teh/milo)- better bawa 2 untuk air sejuk dan panas.
Kuali
Stove sendiri-nak masak cepat sebab dapur ada 2 je yang disediakan.
Cutlery ( sudu, garfu, penyepit, pisau, cutting board, tapis, senduk, mangkuk)

Macam mana nak ke sana ?

Paling mudah, ikut jalan besar rawang. Tapi kalau nak view cantik, boleh je lalu Ulu Yam. Tapi jauh la. Paling senang, ikut google map atau waze. Tapi bila korang sampai je depan papan tanda Sekeping Serendah, korang akan hilang line telefon dan gps. Actually die takde pun papan tanda. Just spray nama "Sekeping Serendah" kat batu. Memang jimat kos betul . Korang jangan panik kalau tiba-tiba laluan/jalan menuju ke sekeping serendah ni sempit . Sebab korang memang akan lalu perkampungan orang asli. Jangan bawak laju-laju pulak. Mase nak ke sini, siap ada signboard tulis " Jangan Carik Pasal ". Haaa... faham-faham ajelah ya. Takut budak-budak main-main tepi jalan.

GPS coordinates : N3.368050, E101.631150

Apa aktiviti yang boleh korang buat?

1. BBQ
- Kawat tu memang pihak sekeping serendah sediakan yang baru tiap kali guess check in. Kena request charcoal awal-awal kalo nak buat bbq or else korang beli sendiri. Pekerja diorang akan hidupkan bara sekali.

2. Swimming
-Swimming pool die cool ok. Breathtaking view. Siapa-siapa yang nature enthutiast, memang akan enjoy ke sini.

3. Trekking 30 minit ke air terjun serendah atau boleh naik kereta 10 minit

4. Ada kolam pancing berdekatan.





Ada 2 meja makan actually. Ini ruang makan berdekatan dengan bbq pit.



Ruang dapur yang selesa. Tong sampah besar bawah dapur.



Singki besar. Puas hatilah nak membasuh periuk kuali. Air pun laju!



Ruang Tidur. Ada 2 bilik berasingan. Tapi bilik open la. Cuma dia buat partition ja. Ada 2 katil double dan 6katil single. Masa kami datang tu, pihak Sekeping Serendah ada bagi 4 tilam single spare.



Bab tanggalah yang paling kritikal kat dalam warehouse 2 ni. Budak-budak suka turun naik tangga. Tapi ada gate kat atas. Kalau ada gate kat bawah sebelum naik tangga tu lagi selamat untuk budak-budak.



Ruang bermain yang luas. Budak-budak takdelah boleh mencapai perkakas-perkakas dapur.


Satu lagi meja makan dan sinki. Total ade 4 sinki kat dalam warehouse 2 ni. Area sini, kami buat letak biskut-biskut, jajan-jajan, buat susu budak , basuh botol susu budak. Memang tam campur dengan sinki di dapur.



Ruang bersembang dan port ambil gambar yang banyak lighting. Hehehe.



Ruang bermain-main untuk budak-budak. Luas. Nak main teng-teng pun boleh.



Antik sangat kunci bilik air dia!



Kelambu disediakan sebab malam-malam banyak serangga berterbangan. Hehehe.. Budak-budak memang menjerit-jerit lah nampak serangga pelik-pelik.



Bilik air bersih! Nature concept. Ada 3 bilik air. Heater pun ada.



Swimming pool luas. view yang superb.


Overall , saya kasik 5 bintang untuk trip ini! Honestly sangat puas hati dengan trip ni sebab view die cantik sangat~ Macam tak puas rasenya budak-budak ni main-main kat sini. Tapi yang pasti nak repeat lagi trip ke sini dengan geng-geng panjat gunung/ saudara maraku sayang~~




Penulis : hafiz-lydia.blogspot.my