Cuti-cuti ke Kota Bharu Kelantan

by farhan-emily.blogspot.my

Day 2
Nasi Berlauk Kak Wok, Rantau Panjang, Pantai Cahaya Bulan, Pasar Malam Parit Dalam


Pagi ni lewat keluar hotel.. budak2 bangun lambat.. selak2 langsir, tu dia, dah cerah.. boleh nampak jalan bawah.. dalam kul 10 pagi kami keluar..

Lif hotel ni macam masuk dalam peti ais.. transparent lak tu. siap leh nampak lif ni turun dari setingkat ke setingkat tau.


depan kaunter



Habib jewel ni sebelah je dengan hotel



hotel aku hujung sekali, yang ada motor tu


Ok set map untuk brunch di Nasi Berlauk Kak Wok.. belakang KBMC.. ada satu lagi cawangan di Kubang Kerian.. nasi kak wok ni simple je, tp sedapppppppppppppppppppp tau.. anak2 aku pun suka.. nasi panas2 dan lauk pun sentiasa di top up.. letak abis, letak abis.. mmg laku ler..



Ok sudah santap, jom kita pi Rantau Panjang .. set balik maps, kang sesat ke susah plak


Giler tak tengok??? serius murah dan cantik2 belaka.. sebiji macam tudung jenama terkenal tu.. kalau ada kekurangan pun mungkin seperti awning kurang keras tp tak lembik, atau kain shiffon gred AA tp masih gorjes untuk di pakai.. brooch mmg cantik2 dan berkilau2an.. harga??? RM60-75 sehelai, bergantung cara korang tawar menawar.. amik banyak kalu, lg murah ler..


Ada kejadian yg sadis sikit. emily terpatah gigi.. gigi dia mmg dah goyang. menunggu hari je nak tercabut.. tu yang menangis sakan tengok darah tu.. si bapak sibuk memberi pertolongan cemas.. si emak, snap2 gambar je. hehehe





Gigi belakang tu dah tumbuh, tu pasal gigi depan dah goyang dan tercabut..


Lepas balik dari PBC, kami balik hotel sebab dah nak maghrib.. nak solat jamak dulu, then keluar cari makan malam plak







Dan dan nak pakai baju beli kat Rantau Panjang tadi.. siap nak pakai tudung plak (beli kat sana gak).. pastu siap cakap, mama amik macam ni, nanti tak nampak pompuan pakai payung tu.. sabar jelah

Keluar hotel, kami terus ke Pasar Malam Parit Dalam.. dekat dengan hotel.. cuci2 mata kalau ada yang berkenan. aku ada gak beli beberapa ketul brooch yang sinonim dengan jenama terkenal tu.. ala tukar2 brooch kan apa salahnya.


Ada juga jual di pasar malam, harga derang jual RM70 siap brooch, ok la kan?



Sotong bakar





Kul 9 mlm kami ke Yati Ayam Percik (salah satu tempat yang harus dicuba juga ni).. tp agaknya sebab dah malam, dah tak berapa banyak lauk yang tinggal.. tp boleh la nak makan

Balik hotel, terus siap2 kemas2 bag sebab esok nak check out.. dalam kepala aku ni, mesti keluar lambat sebab esok tak de plan apa2 sebenarnya. so nak keluar sekitar pukul 10 pagi atau 11 pagi.. tp masalahnya.......... cemana dengan parking .. esok kan dah kerja.. kalau aku parking malam ni, sapa nak bubuh syiling untuk parking tu.. kang ada jugak yang kene saman.. cemana yek??? (sapa baca entry pertama mungkin paham apa yang aku cakap ni).. kira tunggu citer esok!

Teruskan membaca Cuti-cuti ke Kota Bharu Kelantan Day 3

Penulis : farhan-emily.blogspot.my