Cuti-cuti ke Kota Bharu Kelantan

by farhan-emily.blogspot.my

Artikel asal di sini.

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Fuh mintak nyawa mintak nyawa .. berat naik mencanak2 gara2 makan di KB. Hahaha apa taknya, hari2 pg petang siang malam aku order TEH Beng. Tak leh tahan, sedap sangat bak kata farhan “best in the whole world”. Hehehe..

Maybe ada yang pasan, wah asyik berjalan je kerja si Mimi ni ye.. tak de lah, semua ni pun kebetulan.. plan ke Melaka adalah last minit ajer. Tak rancang pun, manakala gi KB ni pun mmg plan dari bulan 11 tahun lepas.. kan bulan 12 cuti sekolah kami tak kemana2, sebab en papa ada kelas lagi dan exam. Tu yang dia kata, dia mula cuti sem jek nanti, kita jalan2. Tu yang kami pilih nak jalan2 ke KB pd 1 Feb bersempene Hari Wilayah. Dah lepas ni aku kene le duduk diam2 sampai cuti sekolah bulan 3.

Ala bukan pi holiday mana pun. Maybe balik kampong sebab adik bongsu nak kawin.. bulan 4 pun tak gi mana2, sehinggalah penghujung bulan 5, baru la nak merayap jauh sikit. Insyallah

Dari mana nak setat citer pun aku tak reti ni. Banyak nau nak story mory.. kalau ada kawan2 yg pasan, ku ni jenis jarang update status kat FB, tp bila kat KB ni dah jadi kemaruk lak kejap2 update, kejap2 update.. jakun la kekdahnya.. dah lama tak pi Kelantan kan? Katanya hampir 20 tahun..

Ok lah masa entry INI aku planning lain, tp bila dah sampai sana, itinerarynya jadi lain plak. Tp walaupun bertukar itinerary, aku tetap puashati dengan percutian dan itinerary ni.. ini semua idea en asben dan aku suka dengan idea dia .. sebab banyak menjimatkan masa dan juga semua tempat dapat dilawati.. amboi skemanya ayat..

Ok r u ready, seawal jam 4.30 pagi aku dah bangun.. kemas2 apa yg patut, bangunkan anak2 dan suh mandi manda .. Kelat biji mata masing2 nak bangun.. lebih kurang jam 5.30 pagi kami bertolak dari rumah dan sampai di LCCT lebih kurang 6.30 pagi la cam tu, kalini kami park kat zon A kalau tak silap aku. Yg depan sikit dan dekat sikit. Biasanya kami park kat zon C yg jauh sikit dan murah. Untuk 2 hari setengah kami kene bayar parking RM 116.00.. ok la kan..


Tunggu masa nak berlepas



Alhamdulillah selamat tiba.. kejap betul. tak sangka dah sampai sini. hehe



Masa ni tunggu keta sewa sampai



Bila dah sampai, owner keta bawak kami ke sini, untuk isi borang.. siap kene cop ibu jari lagi tau... kalau sapa2 nak sewa keta kat kelantan ni, boleh la contact kat kertas hijau tu ..



Kami amik myvi je. senang sebab dah biasa. ni gambar kat pantai sebenarnya.. lupa nak snap masa baru2 sampai kat epot



Lepas amik keta, terus pi McD sebab budak2 dah lapar.. maklum ler flight pagi2 buta kan



Pastu kami terus menuju ke Hotel untuk check in.. nanti pasal hotel aku review kendian k. pastu kami terus gerak ke Pasar Siti Khadijah. tp aku tak beli apa2 pun masa ni.. sekadar survey2 dan jugak lunch kat sini






Punya la banyak snap gmbar udang la sotong la, last2 aku amik nasi kerabu.. bukan apa, aku ngeri plak nak makan udang sotong besar2.. lg pun tekak dah tak sabar2 nak makan nasi kerabu.. emily siap tanya, apasal nasi tu biru.. nasi tu kotor ke? grrrrrrrrrr



Memula aku order air ni, sekali nampak ada orang tu order Teh Beng, terus aku order, lepas rasa mmg sedap, terus hari2 sepanjang masa kat sana aku membedal Teh Beng .. pastu badan pun rasa berat je. hehehe






dah makan, kami terus gerak ke Pengkalan Kubor.. ternampak bangunan ni



Tapi nak masuk ngeri la plak, sebab sure batik2 dan songket2 kat sini eksklusif sangat.. i pakai batik standard pasar payang/siti khadijah je. heheheh



Lepas dah puas kat sini, kami terus gerak balik ke Hotel.. Kami menginap di Hotel Habib. Hotel ni bukan 4 atau 5 star, aku pun tak sure 3 or 2 star.. ok nak bg review.. so far aku puas hati kat hotel ni.. hotel ni ala2 shoplot gak.. dan jugak hotel ni betul2 tepi jalan .. masa aku sampai tengahari tadi, aku ngeri juga memikirkan cemana nak parking keta ni.. aku tanya staff hotel kat situ, nak parking keta kat mana, dia kata lepas jam 6 ptg, jangan risau sebab parking depan hotel banyak kosong.. kira semua Majlis punya parking la, masukkan je duit syiling tu.. tp kalau dah 6 petang ke atas, tak yah la bubuh syiling lagi kan. dan lagi hari cuti tak yah masuk syiling.. so jangan risau kalau nak parking time malam2.. mmg banyak kosong.. kalau siang2 mmg penuh, sebab banyak agensi kerajaan kat situ.. tapi hari Ahad kene la bubuh syiling sebab hari Ahad derang kerja..

Oh ye sebelah hotel aku tu, op kos le ada Kedai Emas Habib Jewel.. tp aku tak masuk pun, pitih tak mengizinkan.. Pastu aku tanya pasal breakfast.. ok penginapan aku ni include breakfast, malangnya 2-2 hari aku tak pi breakfast sebab bangun lambat.. hahaha eh tp solat subuh tetap bangun.. jangan ingat aku main lajak je.. budak2 penat so malas nak turun. aku ada tanya, kalau budak2 kene bayar tak, umur dalam 7 thn gitu.. dia kata tak yah bayar, aku cakap anak aku 2 orang pun, dia kata tak yah bayar... kira hotel ni tak strict sangat la pasal breakfast kat situ kalau bawak budak2.. i very like la kalau macam ni..



ni la tempat bubuh syiling tu. kang aku citer tak paham plak ..


Aku amik bilik Deluxe, so mmg sangat sangat sangat luas.. dan juga depan bilik aku ni cermin.. dari atas sampai bawah.. boleh lihat di luar.. tp bilik Deluxe aku rasa tak banyak .. ada 2 or 3 bilik ajer.. yang lain semua bilik superrior jek.. kecik sikit.. tp aku puashati sebab katil dia besar dan empuk.. katil dia mmg muat sangat2 kami berempat beranak.. tak yah bentang toto pun.. tv lekat kat dinding, 42 inci ok flat screen.. lain2 semua tip top la.. cuma satu je kekurangannya... tak de peti ais.. aku rasa derang kene upgrade pasal peti ais tu.. lain2 semua ok, siap ada peti besi lagik.. (aku tak perlu peti besi, aku lebih perlu peti ais!!!)


Malam tu, lepas maghrib, kami terus gerak ke Wakaf Che Yeh plak.. tak jauh la.. senang je kalau guna maps kan. hehehe

Dalam kul 10 mlm, kami sampai hotel.. parking kosong.. boleh pilih yang mana suka. yahooo... pstt:- penat tak baca.. aku yang menaip ni pun penat tau. hehehe

Teruskan membaca Cuti-cuti ke Kota Bharu Kelantan Day 2

Penulis : farhan-emily.blogspot.my