Trip ke Pulau Tinggi

by mamaamanfiras.blogspot.my

Assalamu'alaikum

Agak lama juga tak update blog ni. Mungkin tiada cerita yang menarik untuk diceritakan. Jadi diam-diam layan blues..huhuhu..nak kongsi sikit cerita menarik trip aku ke Pulau Tinggi,Johor awal bulan ni. Diharap perkongsian ini dapat memberi sedikit info pada yang ingin bercuti ke Pulau Tinggi. Seperti biasa trip ni di 'sponsor' oleh my lovely boss..Jadilah ia company trip. Pada aku ni lah company trip paling best sebab boleh bawa keluarga. Memang happy lah si kecik tu.dapat mandi manda sampai lebam.

Okey cukup dengan ayat pembukaan yg panjang lebar tu.Jom aku share serba sedikit tentang Pulau Tinggi. Pulau Tinggi ni terletak di Mersing,Johor. Pulau ni rasanya sudah lama cuma belum berapa popular seperti Pulau Sibu. Tapi pulau ini aku boleh katakan memang cantik sangat.Air yang jernih, pasir yg putih bersih challet yg cantik. Memang jatuh cinta lah dengan pulau ni.

Perjalanan kami ke sana dengan menaiki feri. Ada juga disediakan bot laju bagi yg pergi dalam kumpulan kecil. Perjalanan dengan bot mengambil masa 40 minit sahaja untuk sampai ke pulau. Dengan feri pula ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Agak lama sikit jika nak dibandingkan dengan bot. Kami memilih feri disebabkan kami pergi dalam kumpulan yg agak besar iaitu lebih 40 orang. Jadi feri adalah pemilihan yang paling sesuai dan lebih selamat untuk kanak-kanak. Untuk perkhidmatan feri/bot perlu naik dari jeti Tanjung Leman. Untuk pengetahuan semua pulau ni dibawah jagaan taman laut dan taman negara. Sebelum naik feri/bot anda perlu membayar fee kepada kedua jabatan ini ye kawan-kawan.

Keadaan di dalam feri


Pemandangan chalet dari jeti


Pantai yang super cantik..masyallah

Cuba korang tengok gambar di atas, teruja ke tidak?? Masa sampai tu memang kagum betul dengan ciptaan Allah ni. Sangat cantik.indah nyaman bersih..masyallah..korang pon boleh nampak betapa jernih nya air laut dan boleh nampak ikan berenang. Pengalaman yang best sangat.Eh! terlupa pula nak bagitau apa nama resort yang kami tinggal ni. Nama resort ni Tad Marine Resort. Hanya ada satu resort saja yang ada di pulau ni. Kalau nk info lebih lanjut boleh pergi ke website di sini

Sampai je dah tengahari.memang masa untuk makan tenghari. Untuk pengetahuan korang main building di resort ni under construction. Dengar cerita dari staff kat situ, bangunan terbakar. Jadi terpaksa buat building yg baru. So lunch kami di tepi pantai.syok wooo... makan sambil menikamati keindahan ciptaan Allah.

Makan sambil menikmati keindahan pantai yang cantik


Mak bapak makan, anak-anak dah lari main tepi pantai


Aktiviti petang kami pergi jungle trekking di kawasan hutan berdekatan. Untuk aktiviti ni aku tak join sebab jaga anak tidur. Cuma en.suami je yang pergi. Hanya gambar je yang dapat aku tengok. Sedih kan.sob..sob..untuk jungle trekking ni pihak resort sediakan 2 orang guider untuk bawa kami menjelajah hutan. Semua diwajibkan memakai kasut. Untuk keselamatan, kanak-kanak yang terlalu kecil tidak digalakkan untuk turut serta. En.suami cakap hutan kena panjat bukit-bukit semua. Memenatkan sikit. So untuk anak kecil memang tak sesuai untuk aktiviti ini.

Ketika aktiviti jungle trekking dijalankan


Kolam air terjun. Kat sini dah lama tak hujan. Kolam ni agak kering sedikit dan tiada aliran air terjun dari atas


Sesi panjat memanjat. Tiada aliran air terjun.


Selesai aktiviti jungle trekking, apa lagi masa untuk mandi laut. Part ni pastilah anak-anak yang paling gembira sampai tak nak naik. Jenuh juga mak bapak ni pujuk supaya naik. Takpa lah sesekali kan. Tengok mereka seronok, kita pon ikut gembira.


Tengok mak-mak yang terlebih gembira.hihi


Lepas mandi laut, kita mandi swimming pool. Memang mandi sampai lebam


Aktiviti malam ada dinner dan BBQ. Semua makanan dah included dalam pakej kecuali bbq. Kena tambah duit sikit untuk bbq ni. Sedihnya mengenai bbq ni, mereka lambat membakar. Dah lah memang betul-betul lapar lepas mandi manda tu. Part ni je yang tak best, yang lain semua best.makanan untuk breakfast, lunch & dinner semua sedap.


BBQ di tepi swimming pool


Di sini juga disediakan karaoke pada yang ingin menyumbangkan suara, hehehe...tapi waktu memang terhad.pukul 10.30 malam karaoke dah tutup. Ni tempat karaoke sementara sebelum bangunan baru siap.


Sakan en.suami berkaraoke yee..layan lagu rock ni.


Hari esok nya, kami melakukan aktiviti snorkeling. Segala kelangkapan snorkeling disediakan oleh pihat resort.yang paling penting life jacket. Kami di bawa ke sebuah pulau kecil yang berdekatan untuk melihat ikan dan terumbu karang yang lebih cantik.


Bersiap untuk snorkeling



Tengok budak kecik yang excited nk bersnorkeling



Pemandangan dari dalam laut



Kelong Sultan Johor.masih dalam pembinaan


Ikutkan banyak lagi gambar yang nak tepek kat sini. Takut semua naik muak nk tengok.huhuhu..apa pon trip ke Pulau Tinggi ni memang best sangat. Hilang stress bila bangun pagi dapat dengar deruan ombak dengan menikmati keindahan pantai yang masih tak tercemar. Insyallah kalau ada duit lebih rasanya memang nak datang kat sini lagi. Pekerja yang ramah tamah memang kita rasa macam dah lama kenal je. Terima kasih untuk boss yang sudi sponsor percutian ni.next year boleh buat lagi macam ni, hihihi..siapa yang nak tips percutian ke pulau ni, sila angkat tangan!!! kalau ada yang nak, akan diusahakan ye..bye.bye..

Penulis : mamaamanfiras.blogspot.my