Pengalaman Travel Ke Cameron Highlands

by mariafirdaus.com.my

Klik di sini untuk Artikel asal


Cantikkan - ni lobby tempat nak check-in.. Dari pintu pagar memang dah tersergam indah nampak so klasik dan tradisional.


Assalamualaikum,

Saya doakan, anda yang menziarahi blog ini sentiasa diberkati hidup. Diberi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Saya doakan Allah melimpahkan seluruh rahmat dan kasih sayang Nya kepada kita semua. Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Insya Allah

Family Trip Ke Cameron Highland

Ceritanya macam ni. Maid saya dah kerja dengan saya hampir 5 tahun. Dan 2 minggu lepas anak beliau datang melawat Malaysia. So, anaknya tinggal di rumah saya.

Saya dah bawa jalan KL before this. And mereka berdua pun dah pergi jalan ke Melaka. So, sebelum anaknya balik ke Indonesia, saya bawa kami sekeluarga berjalan ke Cameron Highland pulak.

Even maid saya ni pembantu rumah saya, tapi saya layan dia seperti keluarga saya. She is part my lovely family. Kalau dia tak ada, susah juga jadinya kami sekeluarga.

So, percutian ni kira hadiah untuk dia dan anaknya la.

Pemilihan Cameron Highland adalah atas pilihan dan request dari mereka. Saya ikut saja. And semua perbelanjaan kami tanggung. They can enjoy their trip there.


This is what we call FAMILY.... Kalau kita mahukan KEBAHAGIAAN, berikan KEBAHAGIAAN kepada orang lain.


Perjalanan Ke Cameron Highland

Saya travel dari Parit Buntar. Dengan lafaz Bismillah, kami memulakan perjalanan pada jam 8 pagi hari Sabtu 24 September 2016.

Kami dijangka tiba di Cameron Highland sekitar jam 11 pagi. Jika tiada sebarang aral yang melintang.

Tapi, bila travel dengan anak anak. You have to expect the unexpected.

Kami tiba di Simpang Pulai sekitar jam 10 pagi. Memulakan perjalanan mendaki bukit. Saya tengok sign board, perjalanan dari Simpang Pulai ke Cameron sekitar 70km. Dan jalan penuh dengan bengkang bengkok serta berbukit.

Tips PERTAMA untuk anda yang nak ke Cameron Highland. Sebelum start naik, pastikan minyak kereta anda penuh. Saya pun baca review dari blog orang lain, mereka advise. Isi minyak full tank siap siap. Sebab nanti kat atas sana, stesen minyak tak banyak dan que tersangatlah panjang.

So, di Simpang Pulai, saya dah isi minyak full tank siap siap sebelum memulakan pendakian.

Cabaran pertama bermula. Jen jen jen...

Fawwaz muntah. Habis barai atas baju Ummi nya. Perjalanan terpaksa dihentikan seketika untuk proses pembersihan.

Then perjalanan diteruskan.

Tiba tiba Fateh pulak muntah. Sib baik dah besar. Dia ada bagitau nak muntah. So, muntah dalam plastik. So, better bersedia dengan plastik dalam kereta ya.

Tak lama lepas tu, Farees pulak cakap. "Saya rasa macam nak muntah..."

Satu saja saya nak cakap kat anda, travel dengan anak takkan sama travel dengan orang dewasa. Semua cabaran macam ni, please be prepared mentally and physically.

Sekitar jam 11 saya tiba di Cameron Lavender. Apa yang saya baca di blog blog lain, mereka advise pergi ke sini. Mereka kata sangat cantik.

So, saya buat pit stop yang pertama. Jom layan Cameron Lavender.





Yang tudung biru tu anak bibik saya. Umur 25 tahun. Kalau sesiapa berkenan, leh PM yer. Masih solo lagi. Dia seorang nurse di Indonesia. Kalau boleh nak suami orang Malaysia. Hehe..






Ni gambar kereta yang berhenti nak ke Lavender. Bayangkan betapa banyak kereta yang naik ke Cameron AND.... Sekarang bukan musim cuti sekolah ok. So, anda bayangkan kalau masa CUTI SEKOLAH. "Lu pikir lah sendiri"



Anda ke Cameron Highland? Wajib pergi ok. Anyway, anda hanya akan jumpa Lavender ni kalau anda naik dari Simpang Pulai / Gua Musang. Kalau anda naik dari Tapah, hehe.. Tak jumpa ok.





Kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland. Disepanjang jalan, anda akan jumpa banyak lagi tempat kedai kedai bunga dan sayur. Tersangat banyak ok. And kami berhenti di Cameron Highland Bee Farm.


Masuk PERCUMA !!! Jom kita tengok lebah pulak.



Mak saya dan bibik serta Fawwaz.



Ni sarang lebah yang real ok. Ada kat dalam.





Nampak tak lebah tu nak masuk rumah dia. Di sini saya tanyalah Farees.

"Farees, what does bee eat?"

Amazingly, Farees jawab. "Bee eats nectar from the flower"

Subhanallah. Dia boleh tahu pulak lebah makan nectar. Then saya tanya dia, "Where did you learn this?" Dia jawab, "From 613 channel"



Next kami ke Pasar Malam Berinchang. Kami tiba di sini sekitar jam 5.30 petang. Di kiri kanan jalan, jamm jangan cakap la. Dan parking memang susah nak jumpa ok.


Ada banyak sayur sayuran dan buah buahan di jual di sini.




Selamat membeli belah la. Memang besar gila pasar malam ni. Bagi saya, ia tempat yang anda WAJIB lawat kalau pi Cameron Highland.

Anyway, ia dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad.

Tapi, kalau waktu cuti sekolah pasar ini akan dibuka setiap hari. Tapi, jammmmmmmmm nak lalu pasar ni usah dikenang la.


Udang galah goreng tepung, 4-5 ekor RM10. Terpaksa beli satu. Nampak pun dah meleleh air liur.



Ketam goreng tepung pun ada. 4-5 ekor RM15. Kene beli gak ni.


Kami bermalam di Homestay Prima Villa Apartment. Biasanya kadar sewa homestay di Cameron adalah RM250. Anda nak cari Homestay. Boleh contact no ni 019-4604947.


Since Fateh dok ngamuk. Plan nak masuk taman strawberry dibatalkan. Lagi pun semalam kami dah tengok pokok strawberry kat Cameron Lavender. Since Fateh dok ngamuk sakan, kami cancel trip ke sini. Dan terus plan untuk ke satu tempat mainan. Bagi mereka main sket.



Tara... Fateh mula senyum dan beraksi kembali. "Haaa... kalau nak bawa jalan, bawa la macam ni untuk budak budak. Barulah mereka senyum..."

Sib baik ada taman mainan ni. Saya jumpa on the way back. Ada dekat area Bee Farm.





Ok... That's all. I love my Family.



Lets love our family. Appreciate everyone and make everyone happy.


Sometimes, we will never know the true value of a moment until it becomes A MEMORY.

Bawalah keluarga dan ibu bapa anda bercuti, sebab... One day... you will regret if you don't do it now because it is too late.

Sayangilah mereka dan bahagiakan mereka..

"Jadikanlah dunia kita syurga yang dipenuhi dengan kebahagiaan dan kasih sayang...... agar ia akan berkekalan sehingga di sana nanti"

Tips Tambahan :

1. Sila isi minyak full tank sebelum naik ke atas. Sebab di atas stesen minyak tak banyak. Que sangat panjang nak isi minyak.

2. Ada banyak lagi tempat menarik yang kami tak pi. Anda boleh google blog lain.

Ada Kea Farm, tempat menjual sayur dan buah fresh dari Cameron.

3. Tolong jangan pergi waktu cuti sekolah. Please listen to me. Jiran saya tinggal di Cameron. Saya jumpa beliau ketika disana. Beliau cakap, sekarang ni datang ok. Kalau datang masa cuti, dari Tanah Rata ke Berinchang yang jaraknya hanya 5 km, biasa ambil masa 5 minit. Tapi masa cuti sekolah boleh jadi 4 jam. So fikir fikirkanlah.

4. Nak pi, yang terbaik hari Sabtu Ahad aja. Yang tak ada cuti hari Jumaat / Isnin. Kalau cuti 3 hari pun akan jam. Kalau masa cuti sekolah. Tok sah cakap la ok.

Sekian sharing dari saya. Semoga bermanfaat untuk anda.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating & Inspiring Others

Penulis : mariafirdaus.com.my