Bercuti ke Legoland Malaysia

by ibubalqis.com

Legoland tak termasuk dalam wishlist tempat nak pergi sebenarnya sebab tiketnya mahal tapi disebabkan dapat free penginapan dan tiket masuk, usahlah kita menolak rezeki ye kawan-kawan. Terima kasih kepada Petronas GAS (GPU) kerana sponsor keluarga staff ke Legoland untuk Family Day tahun ini.

Kami diberi penginapan 3 hari 2 malam di KSL Hotel, JB. Dalam 30 minit ke Legoland. Bagi yang tidak mahu menginap di Legoland hotel sebab mahal, boleh menginap di hotel ini. Suka hotel ni sebab 1 bangunan dengan KSL Mall. Senang nak beli makanan atau barang-barang lain.

Ok saya nak share review berkenaan Legoland Malaysia. Saya suka tulis review sebab saya suka baca review pengunjung sebelum ke sesuatu tempat. Yelah dengan anak-anak ni macam-macam kena prepare.



Review dan Tips Legoland Malaysia

1. Kami pergi pada hari Sabtu dan bukan pada waktu cuti sekolah jadi crowd ok je. Tak ramai sangat. Tak lama menunggu untuk bermain di satu checkpoint

2. Ada bahagian waterpark & theme park. Kami pergi bahagian theme park sahaja. Sebab untuk masuk ke waterpark kena caj tiket berlainan. Ada pakej combo tapi untuk Family Day kami pakej theme park sahaja.

3. Dapatkan peta di kaunter. Sebab sangat luas dan peta sangat penting sebab nak pilih game yang bersesuaian dengan umur dan ketinggian anak.

4. Kalau anak-anak masih kecil umur 3 tahun dan ke bawah saya cadangkan pergi waterpark sebab takde limit umur dan tinggi di situ. Macam theme park, Balqis yang 5 tahun je lah yang banyak dapat main.


Yang ni semua boleh naik


5. Makanan dan air dalam Legoland sangat mahal. Air botol kecik Rm5. Bawalah air sendiri ye. Kami bawa roti dan biskut in case anak-anak lapar tapi air boleh tertinggal dalam kereta pulak.

6. Legoland tempat mesra stroller so bawak je. Anak-anak penat jalan letak dalam tu.


Kita diberi template lukisan. Kena susun Lego ikut susunan lukisan tu


7. Surau disediakan besar dan selesa.


Kakak je dapat naik kuda ni. Aisyah tak cukup tinggi





Suami je naik roller coaster ni. Saya tak berani


Ramai masuk Legoland dalam pukul 10.30am dan balik pukul 3pm. Tak habis round pun tu. Next time tunggu anak-anak dah besar sikit boleh pergi lagi (kalau ada orang sponsor..hehe) . Dan saya cadangkan begitu kepada pembaca yang nak pergi theme park. Tunggu anak besar sikit, 5 tahun dan ke atas. Baru puas main. Harap review ini membantu.

Penulis : ibubalqis.com